Monday 9 February 2015

Cara sukat air untuk masak nasi

Assalamualaikum semua.

Salam ceria. Hari ini saya mahu kongsikan cara menyukat nasi yang paling mudah. Ini mama saya ajarkan semenjak saya disekolah rendah lagi. Tetapi tidak ingat berapa umurnya. Apa yang saya tahu, mama akan selalu kata seperti ini, "ok , kakak masak nasi". Walau apa pun lauk masakan mama pada hari itu, saya akan disuruh masak nasi dahulu. Mujurlah pada masa itu dapur nasi elektrik sudah ada, kalau tidak mungkin saya rasa bersalah yang teramat sangat asyik menghidangkan nasi hangit. Hehehehe..
Ok jom saya ceritakan bagaimana hendak masak nasi putih. Tips ini untuk masak nasi putih biasa sahaja. Selalu saya menggunakan jenis beras biasa sahaja, kategori sederhana, bukan yang murah sangat dan bukan beras mahal (wangi). Mungkin saya rasakan masak untuk beras kategori beras mahal sama sahaja.

1) Sukat beras yang kita hendak masak. Satu pot, 2 pot, dan sebagainya. Keluarga saya pada ketika itu ada 14 orang semuanya. Kira-kira kami selalu masak dalam 3 ke 4 pot setiap kali masakan.

2) Pastikan beras yang telah kita sukat bersih dari bendasing. Kadang-kadang biasa ada benda warna hitam, kutu beras dan lain-lain

3) Basuh beras. 5 kali bilas pun boleh. Air basuhan beras boleh buat siram pokok tau. Baja, katanya.

4) Ok, terakhir sukat air untuk beras. Saya akan menggunakan hujung jari telunjuk. Masukkan air dan dan sukat dari hujung jari ke bahagian pertengahan awal jari telunjuk anda (index finger).
Haaa, jika lebih dari itu sedikit tidak mengapa, tidaklah lembik nasinya. sikit sahaja terlebih tak apa, jangan terkurang pula --- nasi akan keras bila masaknya. atau mungkin nasi mentah.

5) Tekan suis pada "rice cooker" dan tinggal.

Saya sertakan gambar aras sukatan air untuk beras.
Selamat mencuba ibu-ibu dan isteri -isteri yang manis diluar sana.



No comments:

Post a Comment