Saturday 28 February 2015

Cara Menjaga Keselamatan Si Kecil Di Dapur

Assalamualaikum semua & hi.
 
Ada banyak perkara perlu diingat dan diawasi bila si "kecik" bersama kita di dapur. Ingat lagi semasa adaik saya masih kecil, mama sering ingatkan supaya tengokkan adik-adik. Saya memiliki keluarga yang besar, sudah pasti tidak menang tangan jika mama seorang tengok-tengokkan adik-adik. Sebagai kakak sulong kenalah selalu perhatikan mereka. Nanti bukan mereka yang kena marah,,,jadi sebelum kena marah ..heheh baik saya tengok dan jaga adik saya.

Saya suka dengan mama saya mendidik saya, arahan , suruhan dia menjadikan saya cukup masak dengan perangai budak-budak. Saya tidak perlu pergi ke kelas pengajian awal kanak-kanak..hehhe tengok mereka sudah tahu mereka sudah kenapa.

Oooh tips di dapur ye, ini dia:

1) Ketuhar dan dapur memasak
Pusingkan atau palingkan bahagian telinga kuali ke bahagian belakang dapur memasak supaya anak-anak tidak mudah mencapai dengan tangan mereka yang comel itu. Almaklumlah semua benda hendak "adventure" katanya.

Elakkan menggoreng menggunakan minyak yang banyak ketika anak-anak berada sekitar kita.  Percikan minyak panas walau sedikit amat perit untuk si manja kita. Tidak pasal-pasal kulit mereka melecur. Kita yang sudah dewasa pun perit hendak mengharungi kena minyak panas.


Pakaikan si kecil dengan lengan pendek kerana lengan baju kerap menjadi penyalur api dan dengan mudah menjalar. Elakkan kebakaran yang tidak diingini.


Jumpa nanti ditips seterusnya.
Assalamualaikum pencinta masak semua.

Tuesday 24 February 2015

Rahsia Dapur Bersih dan Selesa

Assalamualaikum & hi semua,

Hari ini GajetDapur hendak beritahu 5 rahsia dapur bersih dan selesa. Apakah rahsia dapur bersih dan selesa?

Taraaaaa... inilah rahsianya:

1) Cuka Putih
Jika saluran tersumbat boleh di atasi dengan masukkan satu sudu cuka, satu baking soda dan air panas untuk beberapa minit.

2) Sos Tomato
Ketuhar yang kotor hitam boleh dibersihkan menggunakan sos ini. Caranya, panaskan ketuhar pada suhu paling rendah dan letakkan sos ini pada kesan kotoran > gosok > biarkan 5 minit.

3) Kulit Limau
Kulit pada bahagian dalam limau boleh bersihkan tompokan air pada paip logam. Paip plastik - tidaklah sesuai.

4) Ubat Gigi
Aik! ubat gigi pun boleh. Letakkan ubat gigi pada kain atau berus gigi dan gosokkan pada kesan kotoran di dinding dapur yang kotor atau berminyak. Selepas itu bilaslah dengan air.

5) Aluminium foil.
Barangan perak yang berkarat direndam dengan 1 liter air mendidih bersama satu keping aluminium foil yang telah dicampurkan dengan 1 sudu besar baking soda yang didih.

Apa kata kita cuba tips atas, nampak mudah dan menjimatkan.

Jumpa lagi nanti!

#GajetDapur
#KitchenLover
#MasakMasak

Kredit : Dapur

Monday 9 February 2015

Cara sukat air untuk masak nasi

Assalamualaikum semua.

Salam ceria. Hari ini saya mahu kongsikan cara menyukat nasi yang paling mudah. Ini mama saya ajarkan semenjak saya disekolah rendah lagi. Tetapi tidak ingat berapa umurnya. Apa yang saya tahu, mama akan selalu kata seperti ini, "ok , kakak masak nasi". Walau apa pun lauk masakan mama pada hari itu, saya akan disuruh masak nasi dahulu. Mujurlah pada masa itu dapur nasi elektrik sudah ada, kalau tidak mungkin saya rasa bersalah yang teramat sangat asyik menghidangkan nasi hangit. Hehehehe..
Ok jom saya ceritakan bagaimana hendak masak nasi putih. Tips ini untuk masak nasi putih biasa sahaja. Selalu saya menggunakan jenis beras biasa sahaja, kategori sederhana, bukan yang murah sangat dan bukan beras mahal (wangi). Mungkin saya rasakan masak untuk beras kategori beras mahal sama sahaja.

1) Sukat beras yang kita hendak masak. Satu pot, 2 pot, dan sebagainya. Keluarga saya pada ketika itu ada 14 orang semuanya. Kira-kira kami selalu masak dalam 3 ke 4 pot setiap kali masakan.

2) Pastikan beras yang telah kita sukat bersih dari bendasing. Kadang-kadang biasa ada benda warna hitam, kutu beras dan lain-lain

3) Basuh beras. 5 kali bilas pun boleh. Air basuhan beras boleh buat siram pokok tau. Baja, katanya.

4) Ok, terakhir sukat air untuk beras. Saya akan menggunakan hujung jari telunjuk. Masukkan air dan dan sukat dari hujung jari ke bahagian pertengahan awal jari telunjuk anda (index finger).
Haaa, jika lebih dari itu sedikit tidak mengapa, tidaklah lembik nasinya. sikit sahaja terlebih tak apa, jangan terkurang pula --- nasi akan keras bila masaknya. atau mungkin nasi mentah.

5) Tekan suis pada "rice cooker" dan tinggal.

Saya sertakan gambar aras sukatan air untuk beras.
Selamat mencuba ibu-ibu dan isteri -isteri yang manis diluar sana.



Monday 19 January 2015

Tips mudah mengemas

"Jom makan ni, sarapan sama-sama" ..kata makcik saya mengajak sama duduk makan bersama-sama dengan yang lain pagi itu. "Kak, mari makan sama". Mama saya pun di ajak juga.

Di meja makan adik-adik saya sudah ada dan meraka sedang makan. Sarapan pagi ini istimewa kerana ramai saudara mara datang hendak lakukan aqiqah. Saya pun duduk, ambil pinggan dan minup sehirup air teh adik saya, kami sering kongsi-kongsi , trick untuk malas basuh cawan dan gelas yang asyik bertimbun sahaja di sink.

Macam-macam cerita pagi ini, salah satu nya yang saya nak kongsi adalah cara kemas rumah. Almaklumlah mama saya seorang yang berkemahiran tinggi. Guru Kemahiran Hidup yang sudah pencen. Dia menceritakan sejarah dia menjadi guru pelajaran ini. Semua mengangguk-angguk, dia dan sedang menghadam apa yang dia ceritakan sambil menghadam makanan kami. Haa ini yang saya mahu kongsikan. Dia kata , jika nak mengemas rumah :
1) Buka semua tingkap-tingkap rumah untuk udara keluar masuk
2) Tutup semua kipas ---> Aircond saya kurang pasti.
3) Baru start sapu (jika tiada hampagas - vacum cleaner)
4) Mop - dulu mama mengajarkan, siap sapu siap mop. nak tahu macam mana...tips praktikal ini.

Saya akan menyapu sambil meletakkan kain basah yang diperah di kaki. sambil saya menyapu sambil saya gerakkan kaki untuk mop.  Tips ini adik beradik ikut tetapi setelah kecanggihan peralatan eletrik lain, kami dah jarang dipraktikkan tip ini. Gambar sekadar hiasan sahaja.

Selamat mencuba semua.